Pemikiran pengkomputeran membantu memupuk kemahiran, logik dan kreativiti penyelesaian masalah. Dan teknologi mengubah setiap industri di planet ini. Pelajar hari ini sepatutnya mempelajari cara mencipta teknologi, bukan sekadar menggunakannya.
Acara Hour of Code ialah pengenalan kepada sains komputer yang direka bentuk untuk menjadikan "kod" lebih mudah difahami, untuk menunjukkan sesiapa sahaja boleh mempelajari asasnya dan meluaskan penyertaan di dalam bidang sains komputer. Anda boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai pergerakan sains komputer dan menjadi sukarelawan untuk memberikan inspirasi kepada lebih ramai pelajar bagi mencuba sains komputer, terutamanya wanita muda dan pelajar daripada kumpulan kaum dan etnik yang terpinggir mengikut sejarah.
Sama ada anda menjadi sukarelawan secara maya, bersemuka, atau dengan syarikat anda, usaha anda boleh memberikan kesan yang besar kepada cara pelajar melihat sains komputer dan potensi mereka sendiri. Sila lihat pada kit alatan sukarelawan kami sekiranya anda masih mempunyai soalan.
Sesiapa yang berminat tentang pendidikan sains komputer dan kepelbagaian yang semakin meningkat di dalam teknologi boleh menjadi sukarelawan! Kami ingin melihat sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang turut serta. Hour of Code menampilkan pelbagai jenis aktiviti untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran, oleh itu anda tidak perlu menjadi pakar pengaturcaraan untuk menjadi sukarelawan!
Anda boleh menjadi penceramah undangan di dalam kelas, atau membantu guru menjalankan aktiviti. Daftar sekarang untuk memberikan inspirasi kepada pelajar supaya mereka terus mempelajari sains komputer.
Sains komputer ialah bidang penentu dalam abad ke-21, walau bagaimanapun sebilangan besar sekolah masih tidak mengajarkannya. Hour of Code mungkin akses paling banyak yang diterima oleh pelajar ini untuk sains komputer pada tahun tertentu. Dengan menjadi sukarelawan, anda boleh memudahkan guru membawa CS ke dalam kelas mereka.
Cuba lihat beberapa testimoni daripada mereka yang pernah menjadi sukarelawan:
Guru boleh mencari sukarelawan pada peta sukarelawan kami. Jika anda berada dekat dengan kelas mereka, guru akan menilai profil anda di dalam peta, oleh itu cuba lengkapkan seberapa banyak yang mungkin untuk meningkatkan peluang anda dihubungi pihak guru.
Apabila terpilih, pihak guru akan menghubungi anda melalui platform sukarelawan (kami tidak akan berkongsi alamat e-mel anda dengan guru). Bekerja dengan mereka untuk menentukan cara anda boleh menyumbang kepada acara mereka dan sekiranya anda akan mengunjungi kelas secara bersemuka atau menjadi sukarelawan secara maya.
Jika anda menerima terlalu banyak permintaan daripada guru, anda sentiasa boleh mengemas kini keutamaan anda atau berhenti melanggan dengan mengklik pautan yang disediakan di bahagian bawah mana-mana permintaan e-mel daripada guru.
Anda tidak perlu menggunakan peta sukarelawan kami untuk menjadi sukarelawan! Sebenarnya, kami menyarankan anda menghubungi guru dan pentadbir secara langsung sekiranya terdapat kelas yang anda boleh menjadi sukarelawan.
Untuk memulakan: - Jika anda seorang ibu bapa atau penjaga, hantar e-mel ini kepada guru anak anda yang menawarkan untuk membantu mereka menjalankan Hour of Code. - Jika anda terfikir mengenai sekolah lain, sila kunjungi laman web mereka untuk mencari individu yang wajar untuk dihubungi seperti pengetua atau naib pengetua, pengajar teknologi atau sains komputer, atau malah PTSA sekolah. Anda juga boleh bekerjasama dengan organisasi seperti Boys & Girls Clubs of America, Junior Acievement, cawangan YMCA dan banyak lagi untuk menganjur bersama sesuatu acara. - Jika anda tidak dapat menemui sekolah yang menganjurkan Hour of Code, anda boleh membantu menjalankan acara anda sendiri secara sukarela dengan syarikat anda. Lihat Panduan Cara untuk Syarikat kami bertujuan mempelajari lebih banyak dan mendapatkan inspirasi.
Sama ada anda menghadiri acara Hour of Code dari jauh atau secara bersemuka, anda akan memperoleh pengalaman yang lebih lancar sekiranya anda membuat persediaan ini terlebih dahulu.
Jika anda menjadi sukarelawan di dalam kelas, bincangkan logistik ini lebih awal dengan guru:
Perlukan lebih banyak sumber? Lihat petua yang lain.
Jika anda anda menjadi penganjur acara dengan kelas, sila gunakan contoh agenda untuk membimbing anda. Sahkan jadual yang telah dipersetujui untuk hari ini dan bincangkan apa-apa perkara utama dengan guru terlebih dahulu. Jika anda mengunjungi kelas secara fizikal, pastikan anda daftar masuk ke sekolah dan menyapa guru pada hari acara anda berlangsung.
Jika anda mempertimbang untuk menganjurkan acara Hour of Code di rumah atau dalam komuniti, kami menyarankan supaya anda melihat beberapa Panduan Cara mendalam kami untuk ibu bapa dan organisasi atau syarikat.
Bekerja dengan sekolah atau guru untuk membincangkan perkara yang paling rasional. Kami telah melihat acara yang dilangsungkan secara maya atau bersemuka, di pejabat syarikat atau diadakan di dalam komuniti dan untuk pelajar daripada semua peringkat umur! Anda juga boleh melihat pada rakan kongsi korporat dan penderma yang lain telah melakukannya pada masa lalu untuk beberapa idea yang memberikan inspirasi.
|Masa | Perkara Agenda | |------------------------------------------------ | ----------------- | |1-5 minit | Tunjukkan video inspirasi| |5-10 minit | Perkenalkan diri anda dan ketahui lebih lanjut tentang pelajar: Di mana anda bekerja, apa yang anda lakukan dan apa yang paling anda sukai tentang pekerjaan anda? Apakah atau siapakah yang memberikan inspirasi kepada anda? Bagaimanakah anda mula berminat dalam bidang sains komputer? Adakah anda mempunyai mentor? Sila tanya pelajar soalan dan tinggalkan masa untuk sesi Soalan & Lazim. | |30-60 minit | Kod! Jika acara anda dilakukan secara bersemuka, ini ialah masa untuk menjawab soalan dan membimbing pelajar menyelesaikan teka-teki yang sukar. Cuba jangan terus memberikan penyelesaian kepada pelajar, sebaliknya, cuba menanyakan mereka soalan supaya mereka boleh menjawab sendiri perkara yang menyebabkan kesilapan dan menggalakkan mereka bertanya antara satu sama lain jika mereka mempunyai soalan. Jika anda menjadi sukarelawan secara maya, bekerja dengan pihak guru untuk mendapatkan pendekatan terbaik. Mungkin lebih rasional untuk kembali pada akhir sesi bertujuan melihat tahap kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar. | | |1-3 minit | Terima kasih kepada semua individu dan kongsikan kata perpisahan yang memberikan inspirasi. Berikan mana-mana item promosi syarikat anda (pelekatnya hebat)! | |
Pengalaman Hour of Code terbaik merangkumi komputer yang disambungkan kepada Internet. Tetapi anda tidak memerlukan komputer untuk setiap kanak-kanak dan anda juga boleh melakukan Hour of Code tanpa komputer sama sekali! Untuk aktiviti nirplag, hanya saringkan bahagian Teknologi Kelas untuk menunjukkan pilihan bagi "Tanpa komputer atau peranti".
Jika acara anda dilakukan secara maya, anda akan memutuskan mengenai platform persidangan anda (dan mengujinya) sebelum acara anda bermula. Ini boleh memberikan kesan kepada bilangan pelajar yang anda rasa selesa untuk berinteraksi, oleh itu lebih baik menentukan perkara ini sebelum menjemput kelas atau mempromosikan acara anda. Untuk idea mengenai cara menjalankan Hour of Code dari jauh, sila baca petua untuk acara Hour of Code maya kami.
Kami menyediakan pelbagai tutorial berpandukan pelajar yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur dan tahap pengalaman. Pelajar sangat suka mencuba tutorial pandu diri ini, walaupun anda mungkin mahu memulakan acara tersebut dengan video inspirasi untuk semua individu menonton bersama.
Terokai aktiviti dan buat keputusan lebih awal sekiranya anda mahu memilih tutorial tunggal untuk semua tetamu anda, atau biarkan setiap kanak-kanak memilihnya sendiri. Semua aktiviti Hour of Code memerlukan masa persiapan minimum dan pandu diri - membolehkan peserta melakukan kerja mengikut kadar dan tahap kemahiran mereka sendiri.
Sebaik sahaja anda mempunyai rancangan hala tuju yang kukuh untuk acara yang akan diadakan, anda boleh mula menjemput pelajar, sekolah, sekolah, atau komuniti yang lebih besar. Kami menyarankan supaya memulakan dengan sekolah setempat yang mempunyai hubungan dengan anda atau melayari peta acara Hour of Code kami.
Selepas pelajar atau tetamu telah melengkapkan acara Hour of Code mereka, sudah tiba masanya untuk meraikan kejayaan mereka. Berikut ialah beberapa idea untuk membuatkan acara anda lebih menyeronokkan:
Satu cara paling baik untuk membantu ialah menyebarkan berita dan mempromosikan acara Hour of Code.
Apabila anda mendaftar acara Hour of Code anda, anda akan menerima komunikasi e-mel yang berguna dengan berita dan petua untuk menganjurkan Hour of Code yang berjaya. Ini juga merupakan cara anda boleh memberitahu sekolah tempatan atau ibu bapa bahawa anda menganjurkan acara berdekatan mereka.
Bantu meningkatkan kesedaran mengenai pergerakan sains komputer dengan kandungan contoh ini untuk disiarkan di dalam media sosial dan kongsikan dengan pekerja anda.
Ketahui lebih lanjut tentang poster, video, pelekat dan cara lain untuk mempromosikan acara anda kepada komuniti anda.
Untuk lebih banyak cadangan mengenai cara menyokong Code.org dan Jam Kod, sila lawati Code.org/Bantuan
Cuba mencari sekolah tempatan dan menghubungi pengetua/guru/pejabat depan dan bertanya cara anda boleh membantu.
Kunjungan ke kelas secara bersemuka kebiasaannya mengambil masa selama 60-90 minit manakala kunjungan ke kelas maya pula kebiasaannya berlangsung selama 20-30 minit.
Code.org dan rakan kongsi kami mereka bentuk semua aktiviti Hour of Code untuk menarik minat pelajar semua peringkat gred (K-12) daripada pelbagai latar belakang. Semua orang - malah orang dewasa - boleh merasakan keseronokan semasa bermain!
Guru akan mencari sukarelawan pada peta sukarelawan kami. Cuba sediakan profil anda selengkap yang mungkin untuk meningkatkan peluang guru memilih anda. Jika anda mempunyai keutamaan mengenai cara anda ingin menjadi sukarelawan, seperti menjadi penceramah undangan atau sebagai sokongan teknikal, sila nyatakannya di dalam huraian profil anda.
Apabila terpilih, pihak guru akan menghubungi anda melalui platform sukarelawan (e-mel anda tidak akan dikongsikan dengan guru). Jika anda menerima terlalu banyak permintaan daripada guru, anda sentiasa boleh mengemas kini keutamaan anda dengan mengklik pautan untuk mengedit maklumat anda atau berhenti melanggan, seperti yang disediakan di bahagian bawah mana-mana e-mel daripada guru.