Mencuba Hour of Code ialah cara mudah dan menyeronokkan bagi memperkenalkan anak anda kepada sains komputer, mungkin untuk pertama kalinya. Bukan sahaja sains komputer menjadi asas kepada semua bidang pengajian, tetapi kajian terkini menunjukkan: kanak-kanak yang belajar sains komputer mempunyai prestasi yang lebih baik di dalam subjek lain, cemerlang semasa menyelesaikan masalah dan 17% lebih cenderung untuk memasuki kolej.
Anda boleh menyertai puluhan juta pelajar di seluruh dunia di dalam acara global ini. Bersama-sama, kita boleh memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, memecahkan stereotaip dan membantu mereka menemui minat baharu. Paling baik, anda sudah mempunyai semua yang diperlukan untuk membawa Jam Kod ke dalam rumah anda!
Hour of Code mudah dijalankan - walaupun untuk mereka yang baru bermula. Anda tidak memerlukan pengalaman di dalam sains komputer atau mengajar bagi memudahkan aktiviti menyeronokkan untuk anak anda yang akan membuatkan mereka belajar dan ketawa.
Anda boleh mencuba Jam Kod dengan komputer, tablet, telefon pintar, atau nirplag sepenuhnya! Berikut ialah cara memulakannya.
Terdapat banyak aktiviti Jam Kod tersedia untuk anda jika anda menggunakan komputer dengan akses internet. Kami menggalakkan anda melihat beberapa pilihan lebih awal supaya anda boleh membantu membimbing anak anda ke arah latihan yang akan mereka gemari.
Semua aktiviti kami mengintegrasikan penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal dengan keseronokan dan kreativiti, tetapi berikut ialah beberapa kegemaran pelajar:
Jika anda menggunakan teknologi yang terhad atau tanpa teknologi, anda boleh menyaring aktiviti Jam Kod dengan memilih “Tanpa komputer atau peranti” di dalam bahagian teknologi Kelas.
Anda juga boleh melihat video pendek untuk lebih banyak idea mengenai cara memudahkan aktiviti nirplag di rumah!
Kini, oleh kerana anda terfikir mengenai beberapa tutorial, ia mungkin berguna untuk mencuba aktiviti ini pada peranti anda sebelum memperkenalkannya kepada anak anda.
Pertimbangkan untuk menyediakan fon kepala kepada setiap anak anda jika mereka menggunakan peranti yang berasingan. Dengan cara itu, mereka akan boleh bermain aktiviti dengan bunyi tanpa mengganggu antara satu sama lain.
Jika anda hanya menggunakan satu peranti, atau sekadar mahu membuatkan aktiviti Jam Kod anda lebih berinteraktif, sila cuba pengaturcaraan berpasangan. Pengaturcaraan berpasangan menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama. Apabila mereka berpasangan, mereka saling membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah. Mereka akan melihat bahawa sains komputer ialah mengenai sosial dan kerjasama.
Ini ialah peluang terbaik untuk menambahkan jenis aktiviti baharu kepada hari anak anda. Anda boleh memeriahkan aktiviti ini dengan melakukan lebih daripada satu tutorial dengan cadangan ini:
Tidak menjadi masalah jika anda dan anak anda masih baharu kepada sains komputer. Berikut ialah beberapa idea untuk memperkenalkan aktiviti Jam Kod anda dan membuatkan anda berdua memikirkan tentang CS:
Berikut ialah saranan kami untuk membantu mencetuskan minat mereka dalam sains komputer Petua pakar: Anda boleh mula hanya dengan memberitahu yang mereka akan menjadi cemerlang di dalam bidang itu!
Akhir sekali, apabila anak anda mengalami kesukaran, tidak mengapa untuk menjawab: - “Saya tidak tahu. Mari kita cuba selesaikan masalah ini bersama.” - “Teknologi tidak selalu berfungsi seperti yang kita mahukan.” - “Belajar mengatur cara ialah seperti mempelajari bahasa baharu; anda tidak akan menjadi fasih dengan serta-merta.”
Sains komputer ialah semua tentang mempelajari cara “nyahpepijat” situasi yang tidak menjadi seperti yang kita jangkakan. Anda dan anak anda boleh memikirkan cara kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut!
Jam Kod ialah acara global dan keluarga anda berhak meraikannya. Berikut ialah beberapa cara untuk membuatkan acara Jam Kod anda lebih istimewa:
Sains komputer tidak seharusnya diakhiri dengan Jam Kod! Walaupun 90% ibu bapa mahu anak mereka belajar sains komputer, sebilangan besar sekolah masih tidak mengajarnya. Untuk membantu, kurikulum kami berasaskan web dan percuma untuk digunakan, selama-lamanya. Ketahui cara membawa CS ke sekolah anak anda hari ini.