Petua untuk acara Hour of Code maya

Anda tidak perlu bersemuka untuk berjaya menjalankan Hour of Code!


Walaupun Hour of Code secara tradisional diadakan di dalam kelas di seluruh dunia, anda tidak perlu bersemuka untuk mengecapi keseronokan! Anda masih boleh menganjurkan Hour of Code berinteraktif dan memberikan inspirasi untuk pelajar dari jauh dengan menggunakan beberapa saranan ini. Sila lihat pada panduan untuk acara maya kami sekiranya anda masih mempunyai soalan.



Anda mungkin berada berasingan, tetapi anda masih boleh bermula bersama

Walaupun anda merancang untuk pelajar menyelesaikan aktiviti mereka secara berasingan, kami menyarankan anda memulakan acara dengan pelancaran maya secara dalam talian bertujuan membuatkan peserta teruja. Terdapat beberapa cara menarik untuk memulakan acara anda:

  • Menjemput penceramah undangan: Ribuan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang menunggu untuk mendengar ceramah daripada anda! Gunakan sahaja peta sukarelawan kami untuk mencari mereka. Dengan Hour of Code maya, anda tidak dihadkan dengan jaraknya, oleh itu jika perlu, pertimbangkan mencari lokasi di luar poskod anda bagi sukarelawan yang menawarkan untuk membantu dari jauh. Sebaik sahaja anda telah berhubung dengan sukarelawan, anda boleh memberikan rujukan Panduan Cara Sukarelawan Hour of Code sebagai panduan untuk menentukan topik yang berpotensi, soalan perbincangan dan banyak lagi.
  • Tunjukkan video yang memberikan inspirasi: Pilihan lain yang boleh dipercayai untuk memulakan acara anda, ialah dengan menunjukkan kepada peserta satu daripada banyak video inspirasi. Banyak video berdurasi kurang daripada 5 minit dan menampilkan inspirasi dan dorongan daripada selebriti yang akan dikenali oleh pelajar anda.
  • Bincangkan sains komputer untuk kebaikan: Ubah acara Hour of Code anda menjadi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sains komputer dengan mempertimbangkan kesan teknologi kepada kehidupan harian kita. Tanya pelajar soalan bimbingan dan ubah permulaan acara anda menjadi perbincangan berinteraktif. Untuk idea mengenai cara memulakan perbualan, sila lihat soalan perbincangan ini.

Perkara yang perlu disediakan lebih awal

1. Tentukan platform persidangan video anda

Kemungkinan anda sudah biasa dengan platform seperti Cisco Webex, Google Meet, Microsoft Teams, Skype, atau Zoom sekarang ini. Apa sahaja alat yang anda berikan keutamaan, kami hanya menggalakkan anda membiasakan diri, menguji kemampuannya dan melihat kembali sepintas lalu agenda Hour of Code sebelum tarikh acara anda.

2. Rancangan tentang cara penyertaan pelajar

Aktiviti Hour of Code Pandu Diri
Kami menyarankan bahawa selepas pelancaran, anda membenarkan pelajar meninggalkan persidangan video supaya mereka boleh menjalankan Aktiviti Hour of Code sendiri dan bukannya tinggal bersama. Perkara ini akan membolehkan pelajar melibatkan diri di dalam projek mereka sendiri dan memperoleh pemahaman yang lebih kuat mengenai konsep CS. Ini juga akan mengurangkan gangguan dan halangan mempunyai tetingkap persidangan video yang terbuka.

Pelaksanaan ini juga mungkin bermanfaat kepada anda bagi menentukan 1-3 pilihan tutorial untuk mereka memilih dengan lebih awal. Ini membolehkan anda memilih aktiviti yang paling sesuai dengan tahap gred mereka. Tambahan pula, jika pelajar mempunyai soalan yang memerlukan bantuan anda, anda akan menjadi lebih bersedia untuk membantu sekiranya anda sudah biasa dengan tutorial yang sedang mereka lakukan.

Jika kelas anda dijangka melakukan aktivitinya sebaik sahaja selepas pelancaran, anda mungkin membuat pertimbangan untuk memastikan supaya bilik persidangan maya, platform sembang, atau kaedah komunikasi yang lain dibuka supaya ia dapat berhubung semula dengan anda bersama soalan yang diperlukan.

Bersama melakukan aktiviti Hour of Code dalam talian
Jika anda lebih suka memastikan peserta anda berada dalam panggilan video yang sama sepanjang acara anda, sila ambil perhatian bahawa mereka perlu dua tetingkap yang terbuka pada sepanjang masa - satu untuk platform persidangan video dan satu lagi untuk pelajar melakukan aktiviti mereka.

Bersama ibu bapa
Bagi pelajar yang berada pada Gred 4 dan ke bawah, sila pertimbangkan untuk menggalakkan ibu bapa mereka menganjurkan Hour of Code di rumah. Anda boleh menyokongnya dengan beberapa tutorial yang disarankan serta Panduan Cara Untuk Ibu Bapa yang berguna ini.

3. Mendaftar sebagai sukarelawan

Anda boleh mencari sukarelawan yang sesuai mengikut keperluan anda dengan mengunjungi peta sukarelawan kami. Ramai yang boleh didapati untuk penyertaan jarak jauh dan lebih bersedia untuk bercakap tentang pengalaman mereka di dalam sains komputer, sejauh mana teknologi memberikan kesan kepada peranan mereka, atau hanya membantu anda menjawab soalan pelajar. Sebaik sahaja anda menemui sukarelawan, pastikan anda mengadakan mesyuarat dengan mereka lebih awal lagi untuk membincangkan tentang peranan mereka untuk acara itu, menyelesaikan keperluan teknikal dan menetapkan logistik penyertaan dalam talian.

4. Bekalan keraian

Lihat di bawah untuk memperoleh idea bagi meraikan Hour of Code maya anda. Sesetengahnya mungkin meminta anda membuat persiapan lebih awal seperti mewujudkan sijil tamat untuk semua peserta anda.


Raikan bersama

Serupa sepertimana anda memulakan acara, mari kita berhimpun untuk meraikannya nanti! Berikut ialah beberapa idea untuk menjadikan sambutan maya anda berinteraktif dan istimewa:

  • Benarkan pelajar berkongsi projek mereka yang sudah disiapkan dengan kelas lain. Jika platform persidangan anda membenarkannya, anda boleh menggalakkan pelajar mengambil syot layar projek mereka dan tetapkannya sebagai latar belakang maya mereka!
  • Bincangkan mengenai pembelajaran: Apakah yang telah mereka pelajari tentang sains komputer atau teknologi? Apakah yang mereka lakukan apabila mengalami masalah, bagaimanakah mereka menyelesaikannya?
  • Cipta dan kongsikan sijil untuk peserta anda
  • Kongsikan foto dan video acara Hour of Code maya di dalam media sosial. Gunakan #HourOfCode dan @codeorg supaya kami boleh menonjolkan kejayaan anda juga!

Akhir sekali, jika anda tidak memulakan acara tersebut dengan penceramah undangan, video inspirasi, atau soalan perbincangan, ini juga menjadi peluang terbaik untuk menggabungkan satu daripada banyak pengalaman.