Pemikiran pengkomputeran membantu memupuk kemahiran, logik dan kreativiti penyelesaian masalah. Dan teknologi mengubah setiap industri di planet ini. Pelajar hari ini sepatutnya mempelajari cara mencipta teknologi, bukan sekadar menggunakannya. Dengan memulakannya lebih awal, mereka akan mempunyai asas untuk berjaya di dalam mana-mana laluan kerjaya pada abad ke-21.
Semasa kempen Hour of Code, syarikat anda boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan sains komputer. Sama ada anda menjadi sukarelawan individu atau merancang acara untuk syarikat anda, semua usaha anda boleh memberikan kesan yang amat besar kepada wanita muda dan pelajar daripada kumpulan kaum dan etnik yang terpinggir tentang sains komputer dan potensi diri mereka sendiri.
Satu cara yang paling memuaskan hati untuk menyertai acara Hour of Code ialah menjadi sukarelawan bersama kelas tempatan, sama ada secara bersemuka atau maya. Paling baik antara semua ialah anda tidak perlu menjadi jurutera untuk menjadi sukarelawan. Anda masih boleh memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dengan berkongsi pengalaman kerjaya anda sendiri dan cara CS atau teknologi telah memberikan kesan kepada peranan anda.
Sebaik sahaja sukarelawan mendaftarkan diri, guru dapat menyemak profil mereka pada peta sukarelawan kami - oleh itu profil perlu dihantar selengkap yang mungkin. Jika anda sesuai untuk kelas mereka, guru akan menghubungi anda melalui platform (kami tidak akan kongsikan alamat e-mel anda dengan guru). Kemudian, anda boleh menyelaraskan perincian secara langsung dengan guru di sekitar andacara menjadi sukarelawan terbaik dengan kelas mereka.
Untuk panduan lebih lanjut mengenai sukarelawan dan sampel pemesejan bagi membuatkan syarikat anda teruja dengan Jam Kod, sila lihat panduan untuk rakan kongsi kami.
Anda tidak perlu menggunakan peta sukarelawan kami untuk berhubung dengan kelas atau sekolah. Sering kali, kami menyarankan supaya memulakannya setempat. Pertimbangkan jika terdapat sekolah yang anda atau pekerja anda mempunyai hubungan kuat seperti alma mater, sekolah anak, atau organisasi atau sekolah yang menumpukan pada berbakti kepada penduduk yang dari segi sejarahnya agak terpencil di dalam bidang sains komputer.
Dari situ, anda boleh melayari laman web sekolah tersebut untuk mencari maklumat hubungan yang sesuai untuk dihubungi seperti pentadbir yang merangkap sebagai Pengetua atau Naib Pengetua, pengajar teknologi atau sains komputer, atau malah PTSA sekolah. Anda juga boleh bekerjasama dengan organisasi seperti Boys & Girls Clubs of America, cawangan YMCA dan banyak lagi untuk menganjur bersama sesuatu acara.
Jika anda tidak boleh berhubung dengan sekolah, sila hubungi kami dan kami akan menghubungkan anda dengan satu daripada rakan kongsi tempatan kami sekiranya boleh.
Sukarelawan Hour of Code
Jika anda mahu berusaha melampaui janggkaan, syarikat anda juga boleh menganjurkan acara Hour of Code. Tiada formula khusus untuk menganjurkan sesuatu acara, oleh itu kami menggalakkan anda menjadi lebih kreatif! Memandangkan bilangan kakitangan kami yang kecil (tetapi sangat kuat), Code.org tidak mempunyai pasukan yang khusus untuk menyelaraskan acara Hour of Code. Walau bagaimanapun, berikut ialah beberapa petua untuk memulakan acara itu.
Kami telah melihat acara yang dilangsungkan secara maya atau bersemuka, di pejabat syarikat atau diadakan di dalam komuniti dan untuk pelajar daripada semua peringkat umur! Anda juga boleh melihat pada rakan kongsi korporat dan penderma yang lain telah melakukannya pada masa lalu untuk beberapa idea yang memberikan inspirasi.
|Masa | Item Agenda | |------------------------------------------------- | ----------------- | |1-5 minit | Menunjukkan video inspirasi|
|5-10 minit | Perkenalkan diri anda dan ketahui lebih lanjut tentang pelajar: Di manakah anda bekerja, apakah yang anda lakukan dan apakah yang paling anda suka tentang pekerjaan anda? Apakah atau siapakah yang memberikan inspirasi kepada anda? Bagaimanakah anda mula berminat dalam bidang sains komputer? Adakah anda mempunyai mentor? Sila tanya pelajar soalan dan tinggalkan masa untuk sesi Soalan & Lazim. |
|30-60 minit | Kod! Jika acara anda dilakukan secara bersemuka, ini ialah masa untuk menjawab soalan dan membimbing pelajar menyelesaikan teka-teki yang sukar. Cuba jangan terus memberikan penyelesaian kepada pelajar, sebaliknya, cuba menanyakan mereka soalan supaya mereka boleh menjawab sendiri perkara yang menyebabkan kesilapan dan menggalakkan mereka bertanya antara satu sama lain jika mereka mempunyai soalan. Jika anda menjadi sukarelawan secara maya, bekerja dengan pihak guru untuk mendapatkan pendekatan terbaik. Mungkin lebih rasional untuk kembali pada akhir sesi bertujuan melihat tahap kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar. | | |1-3 minit | Terima kasih kepada semua individu dan kongsikan kata perpisahan yang memberikan inspirasi. Berikan mana-mana item promosi syarikat anda (pelekatnya hebat)! | |
Pengalaman Hour of Code terbaik merangkumi komputer yang disambungkan kepada Internet. Tetapi anda tidak memerlukan komputer untuk setiap kanak-kanak dan anda juga boleh melakukan Hour of Code tanpa komputer sama sekali! Untuk aktiviti nirplag, hanya saringkan bahagian Teknologi Kelas untuk menunjukkan pilihan bagi "Tanpa komputer atau peranti".
Jika acara anda dilakukan secara maya, anda akan memutuskan mengenai platform persidangan anda (dan mengujinya) sebelum acara anda bermula. Ini boleh memberikan kesan kepada bilangan pelajar yang anda rasa selesa untuk berinteraksi, oleh itu lebih baik menentukan perkara ini sebelum menjemput kelas atau mempromosikan acara anda. Untuk idea mengenai cara menjalankan Hour of Code dari jauh, sila baca petua untuk acara Hour of Code maya kami.
Kami menyediakan pelbagai tutorial berpandukan pelajar yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur dan tahap pengalaman. Pelajar sangat suka mencuba tutorial pandu diri ini, walaupun anda mungkin mahu memulakan acara tersebut dengan video inspirasi untuk semua individu menonton bersama.
Terokai aktiviti dan buat keputusan lebih awal sekiranya anda mahu memilih tutorial tunggal untuk semua tetamu anda, atau biarkan setiap kanak-kanak memilihnya sendiri. Semua aktiviti Hour of Code memerlukan masa persiapan minimum dan pandu diri - membolehkan peserta melakukan kerja mengikut kadar dan tahap kemahiran mereka sendiri.
Sebaik sahaja anda mempunyai rancangan hala tuju yang kukuh untuk acara yang akan diadakan, anda boleh mula menjemput pelajar, sekolah, sekolah, atau komuniti yang lebih besar. Kami menyarankan supaya memulakan dengan sekolah setempat yang mempunyai hubungan dengan anda atau melayari peta acara Hour of Code kami.
Selepas pelajar atau tetamu telah melengkapkan acara Hour of Code mereka, sudah tiba masanya untuk meraikan kejayaan mereka. Berikut ialah beberapa idea untuk membuatkan acara anda lebih menyeronokkan:
Satu cara paling baik untuk membantu ialah menyebarkan berita dan mempromosikan acara Hour of Code.
Apabila anda mendaftar acara Jam Kod, anda akan menerima komunikasi e-mel yang berguna bersama berita dan petua untuk menganjurkan acara Jam Kod yang berjaya. Ini juga merupakan cara anda boleh memberitahu sekolah tempatan atau ibu bapa bahawa anda menganjurkan acara berdekatan mereka.
Bantu meningkatkan kesedaran mengenai pergerakan sains komputer dengan kandungan contoh ini untuk disiarkan di dalam media sosial dan kongsikan dengan pekerja anda.
Ketahui lebih lanjut tentang poster, video, pelekat dan cara lain untuk mempromosikan acara anda kepada komuniti anda.
Untuk lebih banyak cadangan mengenai cara menyokong Code.org dan Jam Kod, sila lawati Code.org/Bantuan