Promosikan Jam Kod

Cari semua sumber yang anda perlukan untuk membawa perhatian kepada acara Jam Kod anda. Tidak pasti di mana hendak bermula? Mulakan dengan panduan cara untuk menganjurkan acara Jam Kod kami!


Sebarkan risalah-risalah ini

Sebarkan maklumat dengan kongsikan risalah satu halaman ini

Rancangkan Acara Hour of Code anda dengan panduan penyertaan ini

Paparkan video-video ini untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar

Gantungkan poster ini di sekolah anda

Set poster baharu tersedia yang menampilkan Malala, Stephen Curry, Shakira dan ramai lagi! Tahun ini, setiap set akan dilengkapi dengan 6 poster dan 126 pelekat "Saya telah melaksanakan Jam Kod". Bekalan terhad, oleh itu sila pesan poster anda dengan segera. Untuk mencetak sendiri, hanya perlu klik imej di bawah untuk melihat dan menyimpan versi yang boleh dicetak.

           

           

Siarkan ini di dalam media sosial

imej     imej     imej    

imej     imej     imej    

imej     imej     imej    

Gunakan logo Jam Kod untuk menyebarkan berita

imej imej

Muat turun versi resolusi tinggi

"Hour of Code" dan "Hora del Código" sudah menjadi tanda dagangan. Kami tidak mahu menghalang penggunaannya, tetapi kami mahu memastikan penggunaannya sesuai mengikut had yang ditentukan:

  1. Mana-mana rujukan kepada "Hour of Code" atau "Hora del Código" sepatutnya digunakan di dalam fesyen yang tidak menunjukkan ia merupakan nama jenama anda, tetapi lebih merujuk kepada Jam Kod sebagai pergerakan akar umbi.
  • Contoh yang baik: "Menyertai Hour of Code™ (Jam Kod) di YOUR-COMPANY.com."
  • Contoh tidak baik: "Cuba Jam Kod oleh YOUR-COMPANY."
  1. Gunakan superskrip "TM" di tempat paling utama anda menyebut "Hour of Code" (Jam Kod) dan superskrip "Ⓡ" di tempat paling utama anda menyebut "Hora del Código", kedua-duanya pada laman web anda dan huraian di dalam aplikasi.
  2. Termasuk bahasa pada halaman anda (atau di bahagian pengaki), termasuk pautan kepada CSEdWeek dan laman web Code.org, yang mengatakan perkara berikut:

    “'Hour of Code™'/'Hora del Código®' ialah inisiatif global oleh Minggu Pendidikan Sains Komputer [csedweek.org] and Code.org [code.org] untuk memperkenalkan jutaan pelajar kepada sejam sains komputer dan pengaturcaraan komputer.”

  3. Tidak menggunakan "Hour of Code" atau "Hora del Código" di dalam nama aplikasi.

Cetak pelekat ini untuk diberikan kepada pelajar anda

(Pelekat berdiameter 1", 63 setiap helaian)

imej

Jemput individu di dalam komuniti anda ke acara Jam Kod dan promosikan acara anda melalui e-mel

Cari lebih banyak maklumat dan bahasa yang boleh anda gunakan apabila bercakap tentang Jam Kod.


Minta pihak sekolah, majikan, atau rakan anda mendaftarkan diri:

Tajuk subjek: Sertai saya dan lebih daripada 100 juta pelajar untuk acara Jam Kod

Komputer berada di mana-mana sahaja, mengubah setiap industri di dalam planet ini. Tetapi hanya 47% daripada semua sekolah tinggi yang mengajar sains komputer. Berita baiknya ialah, kita sedang berusaha mengubahnya! Jika anda pernah mendengar tentang Jam Kod sebelum ini, anda mungkin tahu bahawa ia pernah mencipta sejarah. Lebih daripada 100 juta pelajar telah mencuba Jam Kod.

Dengan Jam Kod, sains komputer dipaparkan pada laman utama Google, MSN, Yahoo! dan Disney. Lebih daripada 100 rakan kongsi bekerjasama menyokong pergerakan ini. Setiap Kedai Apple di dunia telah menganjurkan Jam Kod dan pemimpin seperti Presiden Obama dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menulis baris pertama kod mereka sebagai sebahagian daripada kempen.

Tahun ini, mari kita lakukan secara besar-besaran. Saya meminta anda menyertai Jam Kod 2020. Sila libatkan diri dengan acara Jam Kod semasa Minggu Pendidikan Sains Komputer, 7-13 Disember.

Sebarkan berita. Anjurkan acara. Minta sekolah tempatan untuk mendaftarkan diri. Atau cuba lakukan Jam Kod anda sendiri—semua individu boleh mendapat manfaat daripada mempelajari asasnya.

Get started at http://hourofcode.com/my/ms


Menjadi sukarelawan di sekolah:

Cari lebih banyak sumber dan maklumat tentang sukarelawan di sekolah di sini.

Tajuk subjek: Bolehkah kami membantu anda menganjurkan Jam Kod?

Antara 7-13 Dis., sepuluh peratus daripada pelajar di seluruh dunia akan menyambut Minggu Pendidikan Sains Komputer dengan melakukan Jam Kod di sekolah mereka. Ini ialah peluang untuk setiap kanak-kanak mengetahui cara teknologi di sekitar kita berfungsi.

[Our organization/My name] ingin membantu [school name] menjalankan acara Jam Kod. Kami boleh membantu guru menganjurkan Jam Kod di dalam kelas mereka (malah kami tidak memerlukan komputer!) atau sekiranya anda ingin menganjurkan perhimpunan sekolah, kami boleh menguruskan penceramah untuk bercakap tentang cara teknologi berfungsi dan perasaan menjadi jurutera perisian.

Pelajar akan mencipta aplikasi atau permainan mereka sendiri yang boleh ditunjukkan kepada ibu bapa mereka dan kami juga akan mencetak sijil Jam Kod yang dapat mereka bawa pulang. Dan, ia menyeronokkkan! Bersama aktiviti berinteraktif dan praktikal, pelajar akan belajar kemahiran pemikiran pengiraan dengan cara yang mudah didekati.

Komputer berada di mana-mana sahaja, mengubah setiap industri di dalam planet ini. Tetapi hanya 47% daripada semua sekolah tinggi yang mengajar sains komputer. Berita baiknya ialah, kami sedang dalam proses mengubahnya! Jika anda pernah mendengar tentang Jam Kod sebelum ini, anda mungkin tahu ia telah mencipta sejarah - lebih daripada 100 juta pelajar di seluruh dunia telah mencuba Jam Kod. Malah pemimpin seperti Presiden Obama dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menulis barisan kod pertama mereka sebagai sebahagian daripada kempen itu.

Anda boleh membaca tentang acara tersebut dengan lebih lanjut di http://hourofcode.com. Atau, beritahulah kami jika anda ingin menjadualkan sedikit masa anda untuk berbincang tentang cara [school name] boleh menyertainya.


Beritahu ibu bapa tentang acara sekolah anda:

Tajuk subjek: Pelajar kita sedang mengubah masa depan dengan Jam Kod

Ibu Bapa yang Dihormati,

Kita hidup di dunia yang dikelilingi dengan teknologi. Dan kita tahu bahawa apa sahaja bidang yang dipilih oleh pelajar kita sebagai orang dewasa, kemampuan mereka untuk berjaya akan bergantung pada pemahaman cara teknologi berfungsi.

Tetapi hanya sebahagian kecil daripada kita sedang mempelajari cara teknologi berfungsi. 47% daripada semua sekolah tinggi sahaja yang mengajar sains komputer.

Itu menjadi antara sebab seluruh sekolah kita menyertai acara pembelajaran terbesar dalam sejarah: Jam Kod, semasa Minggu Pendidikan Sains Komputer (7-13 Disember). Lebih daripada 100 juta pelajar di seluruh dunia telah mencuba Jam Kod. Jam Kod kita membuat pernyataan bahawa [SCHOOL NAME] sudah bersedia mengajar kemahiran asas abad ke-21 ini. Untuk terus membawa aktiviti pengaturcaraan kepada pelajar anda, kita mahu menjadikan Jam Kod kita acara yang amat besar. Saya menggalakkan anda menjadi sukarelawan, menghubungi media tempatan, berkongsi berita di dalam saluran media sosial dan mempertimbang untuk menganjurkan acara Jam Kod tambahan di dalam komuniti.

Ini ialah peluang untuk mengubah masa depan pendidikan di [TOWN/CITY NAME].

See http://hourofcode.com/my/ms for details, and help spread the word.


Jemput media menghadiri acara anda:

Lihat kumpulan risalah akhbar untuk maklumat lebih lanjut mengenai menjemput pihak media ke acara anda.

Tajuk subjek: Sekolah tempatan menyertai misi memperkenalkan pelajar kepada sains komputer

Komputer berada di mana-mana sahaja, mengubah setiap industri di planet ini, tetapi hanya 47% daripada semua sekolah yang mengajar sains komputer. Wanita muda dan pelajar daripada kumpulan kaum dan etnik terpinggir terlalu dipencilkan di dalam kelas sains komputer dan industri teknologi. Berita baiknya ialah, kami sedang dalam proses mengubahnya.

Dengan Jam Kod, sains komputer dipaparkan pada laman utama Google, MSN, Yahoo! dan Disney. Lebih daripada 100 rakan kongsi bekerjasama menyokong pergerakan ini. Setiap Kedai Apple di dunia telah menganjurkan Jam Kod. Malah Presiden Obama telah menulis barisan kod beliau yang pertama sebagai sebahagian daripada kempen ini.

Itulah sebabnya setiap pelajar [X number] di [SCHOOL NAME] menyertai acara pembelajaran terbesar dalam sejarah: Jam Kod, semasa Minggu Pendidikan Sains Komputer (3-9 Disember).

Saya menulis untuk menjemput anda menghadiri perhimpunan pelancaran kita dan melihat kanak-kanak memulakan aktiviti pada [DATE].

Acara Jam Kod, yang dianjurkan oleh Code.org bukan untung dan lebih daripada 100 yang lain, ialah pergerakan global yang percaya para pelajar masa kini bersedia mempelajari kemahiran kritikal untuk kejayaan pada abad ke-21. Sila sertai kami.

Hubungi: [YOUR NAME], [TITLE], Telefon mudah alih: (212) 555-5555 Bila: [DATE and TIME of your event] Di mana: [ADDRESS and DIRECTIONS]

Saya berharap kita akan terus berhubung.


Jemput ahli politik tempatan hadir ke acara sekolah anda:

Perlukan lebih banyak maklumat? Lihat sumber kami untuk menjemput ahli politik menghadiri acara anda.

Tajuk subjek: Sertai sekolah kami kerana kami mengubah masa depan dengan Jam Kod

[Mayor/Governor/Representative/Senator LAST NAME] yang dihormati:

Adakah anda tahu bahawa pengkomputeran merupakan sumber upah #1 di Amerika Syarikat? Terdapat lebih daripada 500,000 pekerjaan pengkomputeran dibuka di seluruh negara, tetapi pada tahun lepas hanya 42,969 pelajar sains komputer tamat pengajian untuk diambil sebagai tenaga kerja.

Sains komputer ialah asas untuk setiap industri hari ini, namun kebanyakan sekolah tidak mengajarkannya. Di [SCHOOL NAME], kami berusaha mengubahnya.

Itu menjadi antara sebab seluruh sekolah kita menyertai acara pembelajaran terbesar dalam sejarah: Jam Kod, semasa Minggu Pendidikan Sains Komputer (7-13 Disember). Lebih daripada 100 juta pelajar di seluruh dunia telah mencuba Jam Kod.

Saya menulis untuk menjemput anda menyertai acara Jam Kod dan berucap semasa perhimpunan pelancaran kami. Acara ini akan berlangsung pada [DATE, TIME, PLACE] dan akan membuat pernyataan yang kukuh bahawa [State or City name] sudah bersedia mengajar pelajar kita kemahiran abad ke-21 yang kritikal. Kita mahu memastikan bahawa pelajar kita berada di barisan hadapan dalam mencipta teknologi masa depan—bukan sekadar menggunakannya.

Sila hubungi saya di [PHONE NUMBER OR EMAIL ADDRESS]. Saya menantikan jawapan daripada anda.