Ringkasan penerbit dan statistik yang berguna

Gunakan pemesejan berikut jika anda mencari cara mempromosikan Hour of Code dalam buletin dan komunikasi anda.


Gunakan ringkasan penerbit yang pendek ini dalam buletin

Bawa sains komputer ke sekolah anda. Mulakan dengan Hour of Code!

Dengan teknologi mengubah setiap industri di planet ini, pengetahuan pengkomputeran telah menjadi sebahagian daripada set kemahiran yang sempurna. Tetapi hanya separuh daripada semua sekolah yang menawarkan sains komputer! Berita baiknya ialah, kami sedang dalam proses mengubahnya. If you've heard about the Hour of Code, you might know that it has made history. More than 100 million students have now discovered how accessible and fun computer science can be by doing just one Hour of Code.

Hour of Code ialah pengenalan kepada sains komputer selama sejam, direka bentuk untuk menjadikan kod lebih mudah difahami dan menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh mempelajari asasnya. Ketahui lebih lanjut di http://HourofCode.com, anda sendiri boleh mencuba selama sejam, atau menganjurkan acara Hour of Code bertujuan memperkenalkan individu lain kepada dunia pengkomputeran!

Pemesejan untuk soalan lazim

Mengapakah sekolah anda menjalankan acara Hour of Code?

Meskipun kita semua tahu bahawa adalah penting bagi pelajar mempelajari cara menavigasi dunia hari ini yang penuh dengan teknologi, ramai guru tidak berpengalaman dalam sains komputer dan tidak tahu tempat untuk bermula. Acara ini merupakan peluang untuk kita semua melihat perkara sebenar tentang sains komputer.

Kami berharap Hour of Code akan mencetuskan minat kepada pelajar untuk terus belajar. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh mengambil konsep pengaturcaraan sebelum mereka tahu cara membaca dan menulis. Sebenarnya, otak mereka lebih mudah menerima bahasa komputer pada usia muda, sama seperti bahasa asing.

Mengapakah perkara ini penting?

There are nearly 700,000 open computing jobs in the US, but only 80,000 computer science students graduated into the workforce last year. And, 47 percent of schools in the U.S. don't offer computer science. It’s time for us to catch up to the 21st century. Kami tahu bahawa tanpa mengambil kira perkara yang dilakukan oleh pelajar kita apabila mereka membesar, sama ada mereka memasuki jurusan perubatan, perniagaan, politik, atau kesenian, mengetahui cara membina teknologi akan memberikan keyakinan dan kelebihan daya saing kepada mereka.

Petikan yang boleh digunakan sebagai bahan

"Hour of Code direka bentuk untuk menjadikan kod lebih mudah difahami dan menunjukkan bahawa sains komputer bukanlah sesuatu yang sukar difahami—sesiapa sahaja boleh mempelajari asasnya," kata Hadi Partovi, pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Code.org. "Lebih daripada 100 juta pelajar dari seluruh dunia sudah telah mencuba suatu Hour of Code. Permintaan untuk pendidikan sains komputer yang berkaitan dengan abad ke-21 merentasi semua sempadan dan tidak mempunyai batasan."

Mengenai Code.org

Code.org ialah pertubuhan bukan kerajaan 501c3 yang secara khusus mengembangkan penyertaan dalam sains komputer dan meningkatkan penyertaan oleh wanita muda dan pelajar yang datang daripada kumpulan terpencil yang lain. Visinya ialah setiap pelajar di setiap sekolah mempunyai peluang untuk mempelajari pengaturcaraan komputer. Selepas pelancaran pada tahun 2013, Code.org telah menganjurkan kempen Hour of Code – yang telah memperkenalkan lebih daripada 100 juta pelajar kepada sains komputer sehingga masa kini – dan bekerjasama dengan 70 sekolah awam daerah di seluruh negara untuk mengembangkan atur cara sains komputer. Code.org disokong oleh sumbangan bersifat dermawan daripada syarikat, yayasan dan individu yang pemurah, termasuk Microsoft, Facebook, Infosys Foundation USA, Amazon dan lain-lain. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila kunjungi: code.org.

Kongsikan ini dalam media sosial dan e-mel

imej     imej     imej    

Infografik