Melibatkan komuniti anda di dalam Jam Kod

1. Sebarkan berita

Beritahu rakan anda mengenai #HourOfCode!

2. Minta seluruh sekolah anda menawarkan Jam Kod

Hantarkan e-mel ini kepada pengetua anda dan cuba berikan cabaran kepada setiap kelas di sekolah anda untuk mendaftar.

3. Minta majikan anda melibatkan diri

Hantarkan e-mel ini kepada pengurus atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat anda.

4. Promosikan Jam Kod di dalam komuniti anda

Merekrut kumpulan tempatan— kelab pengakap lelaki/perempuan, gereja, universiti, kumpulan veteran, kesatuan sekerja, atau malah sebilangan rakan. Anda tidak perlu berada di sekolah untuk belajar kemahiran baharu. Gunakan poster, sepanduk, pelekat, video ini dan banyak lagi untuk acara anda sendiri.

5. Minta pegawai tempatan yang dilantik untuk menyokong Jam Kod

Hantarkan e-mel ini kepada wakil tempatan, majlis perbandaran, atau lembaga sekolah anda dan jemput mereka mengunjungi sekolah anda untuk Jam Kod. Aktiviti ini boleh membantu membina sokongan untuk sains komputer di kawasan anda melebihi daripada satu jam.