Soalan Lazim

Apakah Hour of Code?

Hour of Code dimulakan sebagai pengenalan satu jam kepada sains komputer, yang direka bentuk bertujuan memudahkan "kod", untuk menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh mempelajari asasnya dan meluaskan penyertaan di dalam bidang sains komputer. Sejak dari itu, ia telah menjadi usaha seluruh dunia untuk meraikan sains komputer, bermula dengan aktiviti pengekodan selama 1 jam tetapi berkembang kepada semua jenis usaha komuniti. Lihat tutorials and activities. Kempen akar umbi ini disokong oleh lebih daripada 400 partners dan 200,000 pendidik di seluruh dunia.

Bilakah acara Hour of Code diadakan?

Acara Hour of Code diadakan pada setiap tahun semasa Computer Science Education Week. Minggu Pendidikan Sains Kumputer 2024 akan diadakan pada December 9-15, tetapi anda boleh menganjurkan acara Hour of Code sepanjang tahun. Minggu Pendidikan Sains Komputer akan diadakan secara tahunan sebagai pengiktirafan hari ulangtahun perintis pengkomputeran Admiral Grace Murray Hopper (9 Disember 1906).

Mengapakah sains komputer?

Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk mempelajari sains komputer. Ini boleh membantu memupuk kemahiran, logik dan kreativiti penyelesaian masalah. Apabila bermula awal, pelajar akan memperoleh asas untuk kejayaan di dalam mana-mana laluan kerjaya pada abad ke-21. Sila lihat lebih banyak statistik here.

Bagaimanakah saya boleh menyertai acara Hour of Code?

Start planning here dengan mengkaji panduan cara yang disediakan. Anda boleh menganjurkan acara Hour of Code di sekolah anda atau di dalam komuniti anda — seperti di dalam kelab kurikulum tambahan, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan atau di tempat kerja. Atau, anda boleh cuba sendiri apabila tiba Dec. 9.

Siapakah di sebalik acara Hour of Code?

Acara Hour of Code didorong oleh Hour of Code dan Minggu Pendidikan Sains Komputer Advisory and Review Committees serta gabungan rakan kongsi yang belum pernah diadakan sebelum ini bekerjasama menyokong acara Hour of Code — termasuk Microsoft, Apple, Amazon, Boys and Girls Clubs of America dan Lembaga Pentadbir Kolej.

Saya tidak tahu apa-apa mengenai pengekodan. Adakah saya masih boleh menganjurkan acara?

Sudah tentu. Aktiviti Hour of Code ialah aktiviti pandu diri. Perkara yang perlu anda lakukan ialah try our current tutorials, pilih tutorial yang anda mahu dan luangkan satu jam — kami uruskan yang selainnya. Kami juga mempunyai pilihan untuk setiap peringkat umur dan tahap pengalaman, dari tadika dan ke atas. Mula merancang acara anda dengan membaca how to guide kami.

Apakah peranti yang perlu saya gunakan untuk pelajar saya?

Tutorial Code.org berfungsi pada semua peranti dan pelayar. Anda dapat lihat lebih banyak maklumat tentang keperluan teknologi tutorial Code.org here. Keperluan teknikal untuk tutorial bukan-Code.org boleh didapati pada %{partner_url}/learn di dalam huraian khusus tutorial. Jangan lupa bahawa kami juga menawarkan unplugged activities jika sekolah anda tidak dapat memuatkan tutorial!

Adakah saya memerlukan komputer untuk setiap penyertaan?

Tidak. Kami menyediakan tutorial Hour of Code yang boleh dilakukan pada PC, telefon pintar, tablet malah ada yang tidak memerlukan komputer sama sekali! Anda boleh turut serta walau di mana sahaja anda berada, dengan apa sahaja yang ada bersama anda.

Berikut ialah beberapa pilihan:

  • Bekerja secara berpasangan. Research shows pelajar belajar dengan lebih baik apabila menggunakan pair programming, berkongsi komputer dan berganding bahu. Menggalakkan pelajar anda menggandakan usaha.
  • Gunakan skrin projektor. Jika anda mempunyai projektor dan skrin untuk komputer yang disambungkan ke Laman Web, seluruh kumpulan anda boleh melakukan Jam Kod bersama. Tonton bahagian video bersama dan secara bergilir menyelesaikan teka-teki atau menjawab soalan.
  • Laksanakan secara nirplag. Kami menawarkan tutorials that require no computer sama sekali.
Adakah terdapat pengehadan tentang cara saya boleh menggunakan logo atau nama Hour of Code?

Hour of Code sudah menjadi tanda dagangan. Kami tidak mahu menghalang penggunaannya, tetapi kami mahu memastikan penggunaannya sesuai mengikut had yang ditentukan. Sila lihat these guidelines for usage.

Bagaimanakah saya boleh membuat tutorial Hour of Code?

Jika anda berminat menjadi rakan tutorial, see our guidelines and instructions. Kami ingin menganjurkan pelbagai pilihan menarik, tetapi matlamat utamanya ialah mengoptimumkan pengalaman untuk pelajar dan guru yang baharu kepada sains komputer.

Adakah pelajar perlu daftar masuk dengan menggunakan akaun?

Tidak. Tiada pendaftaran atau daftar masuk diperlukan sama sekali untuk pelajar mencuba Hour of Code. Kebanyakan follow-on courses memerlukan penciptaan akaun untuk menyimpan kemajuan pelajar. Pendaftaran untuk Hour of Code juga TIDAK mencipta akaun Studio Kod secara automatik. Jika anda mahu mencipta akaun untuk pelajar anda, sila ikuti instructions ini.

Di manakah saya boleh mencetak sijil untuk pelajar saya?

Go to our certificates page where you can print certificates for your entire class ahead of time.

Apakah aktiviti yang perlu saya lakukan dengan pelajar sekolah menengah?

Tutorial Star Wars dan Minecraft kami sangat bagus untuk pelajar sekolah menengah, terutamanya versi JavaScript Star Wars dan tahap permainan bebas di dalam kedua-dua tutorial tersebut. Sebagai gantinya, kami menyarankan supaya mencuba satu daripada tutorial untuk individu yang baru bermula pada %{partner_url}/learn untuk memulakan, seperti tutorial bersama Angry Birds atau bersama Anna dan Elsa. Pelajar sekolah menengah boleh menyelesaikan satu daripada ini dalam 30 minit dan kemudian boleh mencuba tutorial lanjutan di dalam JavaScript, seperti Akademi Khan atau CodeHS.

Bagaimanakah anda mengira Hour of Code?

Penjejak Hour of Code bukan ukuran penggunaan yang tepat. Kami tidak mengira ID pelajar yang unik dengan sempurna apabila menjejaki penyertaan Hour of Code, terutamanya kerana kami tidak meminta pelajar daftar masuk atau mendaftar. Disebabkan itu, kami sama-sama terlebih kira dan terkurang kira peserta dalam masa yang sama. Sila baca semua butiran [here](%{codeorg_url}/loc).

Mengapakah saya tidak dapat melihat titik saya di atas peta?

Kami minta maaf anda tidak melihat acara anda pada peta Hour of Code. Oleh kerana puluhan ribu penganjur mendaftar untuk acara ini, peta itu mengagregatkan data dan memaparkan satu titik untuk beberapa acara. Jika anda klik events page pada pautan di bawah peta, anda akan diarahkan ke senarai semua acara mengikut negeri dan anda boleh menemui acara anda disenaraikan di sana. Selain itu, memandangkan ribuan individu mendaftar untuk acara Hour of Code, peta dan senarai acara kebiasaannya mengambil masa selama 48 jam untuk dikemas kini. Sila semak semula dalam beberapa hari!

Berapa banyakkah seseorang individu boleh belajar dalam masa sejam?

Matlamat Hour of Code bukan bertujuan mengajar siapa pun untuk menjadi pakar saintis komputer dalam tempoh sejam. Sejam hanya cukup untuk mengetahui bahawa sains komputer menyeronokkan dan kreatif, bahawa ia boleh diakses pada semua peringkat umur, untuk semua pelajar, tanpa mengambil kira latar belakang. Ukuran kejayaan kempen ini bukan pada sebanyak mana yang dipelajari oleh pelajar CS - kejayaannya ditunjukkan dalam penyertaan yang meluas di dalam seluruh kumpulan jantina, etnik dan sosioekonomi, serta hasil peningkatan dalam pendaftaran dan penyertaan yang kita lihat di dalam kursus CS pada semua peringkat gred. Jutaan guru dan pelajar yang menyertai aktiviti ini telah memutuskan untuk menjangkau melebihi sejam - untuk belajar selama sehari atau seminggu atau lebih lama dan ramai pelajar telah memutuskan untuk mendaftar di dalam keseluruhan kursus (atau malah jurusan kolej) sebagai hasilnya.

Selain pelajar, "pelajar" lain ialah pendidik yang memperoleh keyakinan selepas sejam bahawa mereka mereka boleh mengajar sains komputer walaupun mereka mungkin tidak mempunyai ijazah kolej sebagai saintis komputer. Puluhan ribu guru memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer, sama ada menghadiri PD atau menawarkan kursus susulan dalam talian, atau kedua-duanya sekali. Dan ini juga diterima pakai kepada pentadbir sekolah, yang menyedari bahawa sains komputer ialah sesuatu yang dikehendaki oleh pelajar dan guru mereka berkebolehan melakukannya.

Paling utama sekali, perkara yang boleh dipelajari oleh semua peserta dalam satu jam, kita pun boleh lakukannya.

Bagaimanakah saya boleh terus pembelajaran selepas Hour of Code?

Sesiapa sahaja boleh menganjurkan acara Hour of Code pada bila-bila masa. Tutorialnya sentiasa berterusan sepanjang tahun. Anda boleh menjangkakan semua tutorial dan kurikulum kami tersedia secara berkekalan pada laman web kami. Sila pergi ke our resources untuk panduan cara dan sumber lain acara bagi membantu menjayakan acara Hour of Code anda.

I found a bug in an Hour of Code activity! What should I do?

Oh no! If you've come across a bug in an Hour of Code activity - first check the URL for the activity you are on. If the URL starts with studio.code.org, our Code.org Support team can help! Click the question mark icon in the upper right corner of your screen, then select "Report a problem" from the dropdown menu.

If the URL does not start with studio.code.org, you are likely working on a third party activity and will need to reach out to that company's support team for further assistance.